Jika anak-anak tidak dididik dan tidak didedahkan dengan ilmu pengetahuan, mereka tidak akan dapat membantu program-program pembangunan yang telah dirangka oleh pemimpin-pemimpin kita, tambah beliau lagi.

"Salah satu teras dalam Rancangan Malaysia Ke 9 ialah pembangunan modal insan, yang memberikan tumpuan yang lebih untuk pembangunan modal insan untuk membolehkan Kerajaan melahirkan tenaga manusia dan bermula dengan pendidikan dari peringkat awal lagi" katanya lagi.

Beliau berucap di majlis penutupan program mesra rakyat anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Petra Jaya di Dewan JKKK, Kampung Sungai Bedil Besar.

Usaha ini seumpama sebuah mesin, jika kita tidak mempunyai kemahiran dan ilmu, adalah sukar mesin berkenaan untuk berfungsi sebagaimana yang diharapkan tetapi jika kita dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran, sudah tentulah mesin berkenaan dapat digerakkan, seru beliau lagi.

Habari juga memuji inisiatif JKKK dan KEMAS dapat bergabung bersama-sama bagi menjayakan program berkenaan untuk faedah masyarakat kampung.

Saya yakin kejayaan program ini adalah didorong oleh semangat kerjasama yang begitu jitu oleh warga kampung melalui pelbagai badan yang ada di kampung dan seharusnya semangat seumpama ini dikekalkan dan berterusan, tambahnya lagi.

Hal ini seumpama penyapu lidi, jika kita hanya menggunakan satu lidi sahaja, ianya tidak akan mampu memainkan peranannya sebaliknya jika penyapu berkenaan diikat dengan banyak lidi, pasti penyapu berkenaan dapat berfungsi sebaiknya.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang hari meliputi sukaneka, badminton, tarian shuffle, poco-poco, pertandingan sepak raga, pertandingan memasak, jualan dan permainan tradisional yang bermula sejak awal pagi.

Program Mesra Rakyat merupakan yang julung kali diadakan di kampung berkenaan bersama KEMAS Petra Jaya yang membabitkan penyertaan seramai 100 orang peserta.

Encik Salleh Kabe, mewakili Pengarah KEMAS turut berucap di majlis berkenaan yang juga dihadiri oleh Haji Ahmad Mansor, Pengerusi Ranting PBB Kampung Sungai Bedil, Penghulu Haji Morni Abon, Hajjah Dayang Jamayah Ali selaku Pengerusi Pengelola dan Puan Rapiah Bte Awang, Penyelia Kanan Kawasan P194 Petra Jaya.

 
 
 

 
25 Disember 2008 - Setiap anggota masyarakat harus mengutamakan pendidikan anak-anak agar mereka mampu memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan masyarakat, kata Encik Habari Bakar, Pegawai Daerah Kuching.

HABARI : UTAMAKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Encik Habari Bakar, Pegawai Daerah Kuching menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Jawatankuasa pengelola sibuk mengurus pendaftaran peserta
Pertandingan congkak turut diadakan
Lelaki dan wanita turut bersama untuk menyiapkan acara menganyam ketupat
Sebahagian daripada warga kampung yang hadir untuk memberi sokongan
Jawatankuasa Pengelola berehat seketika menikmati jamuan tengahari
   Tarian shuffle yang menjadi kegilaan masa kini turut dipertandingkan
KOLEKSI FOTO
Wakil Pengarah KEMAS, Salleh Kabe turut  menyampaikan hadiah kepada pemenang
  Peserta pertandingan fesyen untuk kanak-kanak