Warga kampung terima bantuan rumah PPRT
Maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kampung dan warganya
4 Mac 2009 -
Seramai 75 warga kampung hilang tempat tinggal apabila 15 buah
rumah mereka di Lorong 6, musnah dalam
satu kejadian kebakaran terburuk pernah berlaku di kampung ini.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 5.30 petang itu, tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Encik Baharudin Idris, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan pada jam 5.55 petang dan jentera pertama tiba di tempat kejadian pada pukul 6.02 petang.
Lima buah jentera dari bali Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Padungan, Tabuan Jaya dan Batu Lintang bersama 47 orang anggota berjaya mengawal kebakaran 45 minit kemudian.
"Bomba tidak menghadapi
sebarang masalah untuk melakukan operasi memadam kebakaran walaupun
menghadapi kesukaran untuk mengawal api yang marak akibat
daripada tiupan angin yang kencang.
"Api merebak dengan pantas
kerana rumah di kawasan tersebut diperbuat daripada kayu dan
jarak antara rumah begitu rapat," katanya
Kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas elektrik dari sebuah rumah yang tidak berpenghuni.
Ekoran kebakaran berkenaan, 10 buah rumah lain turut musnah selain tiga buah rumah sewa dan dua buah rumah di bawah program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
Kejadian kebakaran berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan masuk kampung
.
Ekoran
dari kejadian berkenaan, JKKK bersama dengan badan-badan kampung telah mengambil tindakan drastik membantu mangsa kebakaran dengan menempatkan mereka di Surau sebagai pusat pemindahan sementara dan saudara mara mereka.
KEBAKARAN BESAR MUSNAH 15 BUAH RUMAH
27 SEPTEMBER 2008
96 Terima Wang Raya
Hasidah lancar laman web rasmi kampung
JKKK cadang pindahkan tadika ke lokasi strategik
3 MAC 2008
Camelia hibur warga kampung








