KUCHING: Pusat Teknologi Maklumat dan Komuniti akan dibina di Petra Jaya, di sini tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof. Menurutnya, pembinaan pusat berkenaan adalah untuk memberi latihan mengenai penggunaan komputer terutama berkaitan keselamatan alam siber.
"Melalui pusat berkenaan, maka ibu tunggal, warga emas dan belia yang tidak bekerja akan mendapat kemahiran dan juga pengetahuan mengenai siber dan internet," katanya pada Majlis Pelancaran Program Lan Berambeh @ Sungai Bedil 08, di sini, semalam. Beliau berkata, dengan latihan dan kemahiran yang diberikan di pusat berkenaan nanti maka ibu tunggal, warga emas dan belia yang tidak bekerja akan disalurkan dengan jaringan majikan dan mereka akan dapat bekerja sendiri di rumah.
"Kami akan mengatur mereka (ibu tunggal, warga emas dan belia yang tidak bekerja) dengan majikan di mana mereka bekerja dengan mengisi data untuk sesebuah syarikat sekali gus mereka akan mendapat upah," katanya.
Sementara itu, menurut-nya, dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, ramai yang dapat menguasai teknologi maklumat tetapi tidak ramai yang sedar di mana wujudnya ancaman siber terutama di kalangan golongan muda yang selalu melayari laman web sosial.
"Pengguna yang selalu melayari internet, perlu memiliki pengetahuan mengenai keselamatan alam siber bagi mengelak tertipu dengan jenayah siber yang semakin meningkat," katanya.
"Pengguna yang selalu melayari internet, perlu memiliki pengetahuan mengenai keselamatan alam siber bagi mengelak tertipu dengan jenayah siber yang semakin meningkat," katanya.
Menurut Fadillah, Cyber Security Malaysia juga pernah menyelesaikan masalah yang timbul apabila seorang lelaki memaparkan gambar teman wanitanya di dalam laman web lucah

TAJUK BERITA
"Kita seharusnya lebih berhati-hati jika hendak menghantar gambar ataupun data kepada pihak lain. "Jika hendak berbuat demikian, biarlah melalui saluran yang mempunyai ciri-ciri keselamatan supaya gambar atau data yang dihantar tidak akan disalah guna oleh pihak tertentu," katanya.
Fadillah berkata, penjenayah pada masa kini juga telah mengekploitasikan ICT bagi melakukan aktiviti mereka seperti mencuri data, penculikan dan mengugut pihak tertentu. Sementara itu, dalam program Lan Berambeh @ Sungai Bedil 08, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk penduduk kampung dan sekitarnya.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan tarian shuffle, jualan dari bonet kereta (car boot sale), demonstrasi memasak, pertandingan memasak, pertandingan mewarna, pertandingan teh tarik, pameran pertanian, promosi dan jualan makanan, jualan kraf tangan, pameran, kuiz dan pemeriksaan kesihatan.
Program berkenaan diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk di samping merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.
Selain daripada itu, program berkenaan juga dapat memupuk semangat bekerjasama dan bersatu hati dalam menganjurkan sesuatu program.
Program berkenaan dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedil dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), Nestle Products Sdn Bhd dan Poliklinik Kota Sentosa.
Turut hadir dalam majlis pelancaran berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Datuk Bandar DBKU Mohd Atei Abang Medaan dan Pengarah DBKU Onn Abdullah.- Utusan Borneo (27hb Julai 2008)
Pusat Teknologi Maklumat dan Komuniti akan dibina di Petra Jaya
Pusat Teknologi Maklumat dan Komuniti akan dibina di Petra Jaya