YB HASIDAH SERU KEKALKAN PERPADUAN DAN KERJA BERPASUKAN

Kuching, 18 Oktober 2008 - Masyarakat kampung khususnya di kawasan DUN N.7 Semariang diseru agar mengekalkan perpaduan dan kerja berpasukan untuk mengelakkan dari sebarang pengaruh negatif.

"Kita hendaklah sentiasa bersatu padu sebab dengan sikap yang sedemikian, usaha mana-mana pihak luar yang ingin menggugat perpaduan kita dapat diatasi sepenuhnya" kata YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN N.7 Semariang ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2008 anjuran JKKK Kampung Sungai Bedil Besar di Penview Inn, Kuching.

Selain itu, setiap warga kampung hendaklah sentiasa bekerja sebagai pasukan sebab dengan mengamalkan budaya sedemikian semua perkara dapat diusahakan dan pastinya berjaya, tambah beliau lagi.

Kejayaan JKKK yang menggabungkan pelbagai pertubuhan bagi menganjurkan majlis ramah tamah malam ini merupakan satu bukti betapa pentingnya aspek perpaduan dan kerja berpasukan dalam komuniti, katanya lagi.

"Saya memuji inisiatif yang diambil oleh JKKK Kampung Sungai Bedil yang berjaya menganjurkan majlis berkenaan tanpa bergantung kepada peruntukan daripada wakil rakyat sebaliknya berusaha gigih untuk mendapatkan dananya secara sendiri yang telah digariskan sepanjang tahun." tambahnya.

Kerjasama yang baik dan inisiatif menerusi badan seperti JKKK dengan wakil rakyat, telah membolehkan kampung ini menerima peruntukan dana untuk meningkatkan infrastruktur khususnya masalah perparitan yang berjaya diatasi sepenuhnya di kampung ini.
 
Saya berharap kampung ini akan terus menunjukkan komitmen untuk terus membangunkan masyarakat kampung khususnya meningkatkan status ekonomi selari dengan pembangunan gelombang kedua kerajaan masa ini.

Lebih daripada 370 warga kampung hadir di majlis ramah tamah aidilfitri sebagai satu aturcara tahunannya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Penghulu Haji Morni Abon selaku pengerusi pengelola ramah tamah turut menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Datuk Haji Khalid Marzuki, Timbalan Pengerusi PBB Cawangan Semariang.




Ketibaan YB Sharifah Hasidah disambut oleh warga kampung
YB Hasidah Seru Kekalkan Perpaduan dan Kerja Berpasukan 
Sebahagian daripada warga kampung yang hadir
Ucapan Aluan oleh Penghulu Morni
Tetamu kehormat yang hadir memeriahkan ramah tamah
Amanat oleh YB Sharifah Hasidah
Upacara "mukak palak meja" sebagai simbolik pelancaran ramah tamah aidilfitri oleh YB Hasidah
Persembahan tarian dan nyanyian lagu raya oleh ahli-ahli Biro Kesenian JKKK
Persembahan oleh "David Arumugam, Alleycats"
Warga kampung terhibur dengan persembahan
Penyampaian hadiah cabutan tiket bertuah oleh tetamu kehormat kepada pemenang

Foto Koleksi Jamaludin Haji Hamden

TAJUK BERITA