PENGENALAN
Program Lan Berambeh @ Sg Bedil mula diperkenalkan pada tahun 2007. Program ini merupakan satu aktiviti ekonomi yang membolehkan warga kampung mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Pada kali pertamanya diadakan pada tahun 2007, program ini telah berjaya menarik minat warga kampung khususnya golongan wanita membabitkan diri dan mempamerkan produk dan perkhidmatan industri kotej masing-kasing kepada masyarakat. Program ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menjana dan meningkatkan pendapatan keluarga yang disertai oleh warga kampung sendiri, agensi kerajaan dan pihak swasta.
LATAR BELAKANG
Kaum wanita memainkan peranan yang amat penting sekali dalam membantu meningkatkan status keluarga khususnya status ekonomi. Berdasarkan kepada survei yang dijalankan didapati 81 peratus kaum wanita di kampung ini adalah suri rumah tangga sepenuh masa manakala 19 peratus mempunyai pekerjaan sama ada di sektor swasta mahupun kerajaan.
Keadaan ini memberi gambaran bahawa ramai di kalangan kaum wanita bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami masing-masing untuk menyara keluarga mereka. Jumlah ini menjadi sasaran untuk dilibatkan dalam program-program pembangunan keluarga. Jika mereka diberikan pendedahan dan latihan yang sesuai, mereka mampu untuk menunjukkan minat dan berpotensi untuk dibangunkan dan mengenalpasti bidang-bidang yang mungkin mereka mahu ceburi dalam industri kecil.
Usaha ini dapat dilaksanakan sebab sebahagian besar daripada mereka mempunyai latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya sekolah rendah. Dalam kategori suri rumah ini, 20 peratus daripada mereka mempunyai pendidikan sekolah rendah, manakala peringkat sekolah menengah pula 44 peratus. Hanya satu peratus sahaja yang mempunyai pencapaian sehingga ke tahap IPTA iaitu peringkat diploma. Manakala selebihnya tidak menyatakan status pendidikan mereka.
Oleh itu, suatu pendekatan yang sesuai dapat digunakan untuk membolehkan mereka berupaya digembelingkan dengan menyediakan peluang-peluang yang sesuai dan melalui usaha memberikan kemahiran tertentu yang diminati, mereka mampu dan berupaya meningkatkan status keluarga mereka.
Oleh itu, Program Lan Berambeh dianjurkan sebagai satu landasan untuk mereka mempamerkan produk dan perkhidmatan yang sedia ada disamping mampu membina jaringan dengan pelbagai pihak.
OBJEKTIF
Untuk menyediakan peluang kepada warga kampung khususnya suri rumah tangga agar berminat menceburi diri dalam industri kecil.
Untuk meningkatkan kerjasama dan jaringan di kalangan pelbagai pihak dalam usaha mengadakan satu bentuk aktiviti ke arah membantu kumpulan sasar meningkatkan status ekonomi .
Menyediakan peluang serta peningkatan kemahiran se optimun mungkin khususnya di kalangan suri rumah dalam usaha menjana pendapatan keluarga.
Mendedahkan usahawan kecil yang berminat agar menyedari potensi masing-masing dan mampu menghasilkan produk yang berkualiti serta pengagihan peluang merebut pasaran.
Untuk berusaha memperkenalkan industri kecil (cottage-industry) di kalangan kumpulan sasar dan menyediakan projek niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
Untuk meningkatkan kerjasama di kalangan warga kampung disamping mempromosikan kampung kepada pengunjung.
Ketibaan Datuk Bandar disambut oleh pengerusi pengelola
YB Fadillah dan YB Hasidah disambut oleh tetamu yang hadir
Tetamu kehormat yang hadir di majlis perasmian
Aktiviti pemeriksaan kesihatan turut diadakan
YB Fadillah sedang melawat gerai-gerai pameran
Peserta sedang menunjukkan kemahiran memasak
Tetamu kehormat sedang mencuba memasak makanan tradisional tempatan
Pertandingan Teh Tarik turut menarik minat peserta
Penyampaian hadiah kepada peserta mewarna
Tarian poco-poco turut menarik minat
Jualan makanan roti canai
Pameran oleh DBKU juga menarik
Gerai sewaan pakaian tradisional
AKTIVITI
Jualan produk dan perkhidmatan
Promosi produk dan perkhidmatan
Demonstrasi masakan tradisi
Pertandingan mewarna kanak-kanak
Pertandingan Shuffle
Pameran agensi kerajaan
Pertandingan Teh Tarik
Persembahan poco-poco