LATAR BELAKANG
JKKK ditubuhkan pada awal tahun 1993 atas usaha Allahyarham Penghulu Haji Saidi Ayub, atas arahan Pejabat Daerah Kuching dalam tempoh tertentu. Sejak itu, JKKK telah memainkan peranan proaktifnya dan masa kini peranan dan tanggungjawabnya semakin mencabar. JKKK merupakan penghubung penting antara rakyat dan kerajaan dan menjadi penggerak utama dan badan pentadbiran pembangunan di peringkat akar umbi yang amat penting sekali.

PROJEK DAN AKTIVITI 2001-2008

PROJEK BEKALAN LETRIK untuk 58 buah rumah dan membina sebuah unit sub elektrik SESCO. Usaha ini telah membolehkan warga kampung yang menerima bekalan berkenaan tidak perlu bersusah payah mendapatkan bekalan dari jiran dan saudara mara masing-masing Projek ini dijalankan dengan bantuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

PROJEK BAIK PULIH JALAN, JAMBATAN DAN LORONG untuk menyediakan keselesaan dan mengurangkan masalah warga kampung, beberapa usaha untuk membaik pulih jalan telah dijalankan meliputi :



FUNGSI
JKKK ditubuhkan adalah bertujuan untuk menjalankan fungsi seperti berikut : 
  • Menyelaras dan memperakui semua aktiviti pembangunan Jawatankuasa/Badan/Persatuan sukarela di peringkat kampung.
  • Menyelaras dan memperakui penyediaan cadangan projek-projek  pembangunan untuk dikemukakan kepada pihak atasan bagi mendapat pertimbangan.
  • Merangka perancangan pembangunan kampung dengan mengwujudkan Pelan Pembangunan kampung yang lengkap dan kemas kini.
  • Mengembeling dan menggerak tenaga penduduk kampung dan badan-badan sukarela yang sedia ada bagi melaksanakan program sosio ekonomi, keagamaan dan reaksi/riadah/kesihatan  melalui konsep gotong royong ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.
  • Menentukan keadaan keselamatan di kampung sentiasa terkawal dan mengadakan langkah-langkah tertentu bagi mencegah dan membanteras gejala-gejala sosial.
  • Menjadi badan perhubungan antara orang-orang kampung dengan Kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dari segi pemahaman tentang dasar Kerajaan dan cara perlaksanaannya.
      AHLI JAWATANKUASA
      Dalam usaha untuk memastikan JKKK dapat memainkan peranannya dengan proaktif, semua ketua, timbalan dan setiausaha dan AJK badan-badan, persatuan dan organisasi yang ada di kampung dilantik untuk menganggotai jawatankuasa induk dan kecil JKKK kampung ini dianggotai oleh pertubuhan dan badan seperti berikut :

      • Jawatankuasa Surau Nurul Muslimin
      • Pertubuhan Kebajikan dan Sosial (KASUBAS)
      • PBB Ranting Kampung Sungai Bedil Besar
      • Pergerakan Pemuda PBB Ranting Kampung Sungai Bedil Besar
      • Pergerakan Wanita PBB Ranting Kampung Sungai Bedil Besar.
      • Persatuan Gasing Kampung Sungai Bedil Besar
      • Pertubuhan Wanita
      • Unit Saberkas Kampung Sungai Bedil Besar
      JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
      PROJEK JALAN untuk meningkatkan kemudahan kepada warga kampung, satu jalan baru telah dibina dikenali sebagai Lorong Nek Mon yang menghubungkan warga kampung di sekitarnya dengan jalan utama iaitu Jalan Tok Guru Haji Abdul Rahman. Projek ini telah dijalankan secara gotong royong.

      PROJEK PERPARITAN untuk meningkatkan kemudahan kepada warga kampung, JKKK telah berjaya melaksanakan projek perparitan daripada pihak Kerajaan untuk mengurangkan rungutan dan masalah yang dihadapi  oleh warga kampung selama ini. Setakat ini ini semua projek berkenaan telah berjaya disiapkan mengikut jadual yang meliputi :
      • Lorong menuju ke rumah Puan Hajjah Rokayah Abdul Rahman
      • Lorong menuju ke Tadika Kemas
      • Lorong menuju ke rumah Hj Aha Nandak
      • Lorong menuju ke rumah Hj Luwi Bujang
      • Lorong (tambahan) menuju ke rumah Allahyarham Hj Bolhassan
      • Lorong menuju ke rumah Allahyarham Ali Gobil
      • Lorong menuju ke rumah Hj Derahman Din
      • Lorong menuju ke rumah Hj Abot Wet
      • Lorong menuju ke rumah Haji Bujang Sedek
      • Jambatan menuju ke rumah Temu Saat
      • Jambatan di Lorong menuju ke rumah Hj Sebi
      • Jalan baru di lorong menuju ke rumah Peri Mail

        PROJEK NAMA JALAN DAN LORONG telah dipersetujui oleh JKKK dalam mesyuarat pada 4 Mac 2002 dengan menamakan jalan dan lorong dengan tokoh-tokoh kampung meliputi : Jalan Tok Guru Haji Abdul Rahman (menghubung Kampung Lintang dan Kampung Sungai Bedil Besar)  
        • Lorong 1 : Tua Kampung Abdul Rahman (Bedil 1)
        • Lorong 2 : Penghulu Haji Piee Bohari (Bedil 2)
        • Lorong 3 : Tua Kampung Ali (Bedil 3)
        • Lorong 4 : Penghulu Haji Sahari Bujang (Bedil 4)
        • Lorong 5 : Pak Jahar
        • Lorong 6 : Penghulu Haji Saidi Ayup (Bedil 6)
           
        PROGRAM KEBAJIKAN untuk mendapatkan kebajikan kepada warga tua dan orang yang memerlukan, wanita kematian suami, diceraikan suami dan warga yang kurang bernasib baik melalui bantuan daripada Kementerian kebajikan Malaysia, Cawangan Sarawak.

        SKIM BANTUAN RUMAH PPRT untuk membina sebuah rumah bagi rakyat termiskin di kampung dengan membina sebuah rumah baru. Peruntukan disumbangkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial. Puan Yak salah seorang yang berdaftar di bawah PPRT didapati layak untuk menerima bantuan berkenaan. Selain itu, kerjasama JKKK dengan Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) juga telah membina dua buah rumah untuk membantu warga kampung yang kurang bernasib baik iaitu Encik Abang dan Encik Salleh Ayup.

        PENYUKATAN TANAH  telah dilaksanakan bagi membolehkan warga kampung mendapat geran hak milik tanah masing-masing. JKKK dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei telah berjaya mengadakan proses penyukatan tanah dengan jayanya kepada 450 orang pemilik, membabitkan 237 lot tanah seluas 51,254.20 meter persegi. Geran-geran tanah berkenaan telah diagihkan kepada pemilik dalam satu majlis penyerahan yang disampaikan oleh YB Datuk Sri Adenan Haji Satem.

        • Projek perparitan Mazlan Haji Babo
        • Projek perparitan Mostapha
        • Projek perparitan Su'ut Abang
        • Projek perparitan Pak Bakar
        • Projek perparitan Matzen
        • Projek perparitan Jalan Utama
        • Projek perparitan Haji Ahak
        • Projek perparitan dan Jalan Pian Bahron
        • Projek perparitan dan Jalan Hj Bujang Sedek
        • Projek perparitan Bujang