Maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kampung dan warganya
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMPUNG SUNGAI BEDIL BESAR, PETRA JAYA, KUCHING, SARAWAK
 
 

HASIDAH SERU JKKK PROAKTIF MEMBANTU MASYARAKAT KAMPUNG
Kuching, 26 Julai - YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyeru Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar memainkan peranan yang proaktif untuk membantu masyarakat kampung.

"JKKK sebagai badan utama dalam sesebuah kampung sebenarnya memainkan peranan yang amat besar dengan melantik mereka yang benar-benar mahu memberikan hidmat
mereka kepada masyarakat kampung' kata Hasidah lagi.

Sebagai payung kepada badan-badan yang ada di kampung, seharusnya JKKK mengambil tindakan selari dengan kehendak dan kemahuan rakyat, tambahnya.

YB Hasidah berucap di majlis sambutan Ulangtahun JKKK Kampung Sungai Bedil Besar yang ke 15 tahun di perkarangan Surau Nurul Muslimin, kampung berkenaan.

Beliau turut memuji dan menghargai usaha yang telah dilaksanakan oleh JKKK kampung berkenaan, sejak 15 tahun yang lalu yang telah melaksanakan pelbagai bentuk program daripada pembangunan insan hinggalah kepada pembangunan infrastruktur.

"Saya berbangga dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh JKKK selama ini dan dalam banyak hal mengambil sikap berdikari dan proaktif tanpa perlunya bantuan daripada ahli Yang Berhormat." katanya.

"Hal ini dapat dilihat dari aspek pembangunan infrastruktur khususnya projek pembinaan sistem perparitan kampung yang dulunya menjadi isu utama di kampung ini tetapi berkat kerjasama dan sikap proaktif JKKK, masalah perparitan telah dapat dikurangkan serta memudahkan masyarakat kampung." tambahnya lagi.

Beliau turut menyarankan kepada JKKK agar mengambil langkah dan daya usaha untuk meningkatkan status ekonomi masyarakat kampung dengan menganjurkan projek yang mampu menjana pendapatan keluarga.

Jika JKKK mampu menggerakkan usaha ini, saya yakin kita dapat membantu masyarakat kampung meningkatkan status ekonomi masing-masing lebih-lebih lagi dengan suasana masa kini dimana harga barang keperluan yang semakin meningkat. seru Hasidah.

Di majlis berkenaan, Hasidah turut melancarkan logo baru JKKK dan laman web kampung disamping menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menyertai program pada sebelah petangnya.

Turut berucap ialah Pengerusi JKKK, Haji Morni Abon selaku penghulu kampung yang turut dihadiri oleh Penolong Residen Kuching, Encik Basri Jack dan ahli-ahli jawatankuasa JKKK kampung.


YB Hasidah memukul gong sebagai pelancaran ulangtahun JKKK ke 15 tahun
YB Hasidah sedang meneliti isi kandungan laman web kampung selepas melancarkan disaksikan bersama oleh Encik Zamahari Haji Saidi, Timbalan Pengerusi JKKK
 
 
KOLEKSI FOTO
Majlis pemotongan kek Ulangtahun Ke 15 JKKK oleh Jawatankuasa JKKK bersama Hasidah
YB Hasidah menyaksikan perlancaran logo baru JKKK bersama Timbalan Residen, Basri Jack
Penayangan logo baru JKKK
Pengerusi JKKK, Penghulu Haji Morni sedang menyampaikan ucapan
Penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan
YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali