
"Pengorbanan dalam Islam amat penting sebab setiap pengorbanan yang dilakukan akan mendapat pahala daripada Allah SWT untuk setiap individu selain memberi kebaikan kepada masyarakat" katanya
Beliau berucap di program ibadah korban di Kampung Sungai Bedil Besar yang dianjurkan oleh Surau dengan kerjasama JKKK, Unit Saberkas, PBB dan KASUBAS.
Kalau seseorang itu berkorban bukan untuk mencapai kebaikan maka ianya merupakan satu tindakan yang boleh memecahkan perpaduan kita, tambah belia lagi.
Oleh itu, pengorbanan bermula daripada semangat diri dan justeru itu haruslah memberikan kerjasama seumpama menumbangkan dan menyembelihkan sapi, amat memerlukan semangat kerjasama seperti menahan kaki, kepala dan badan sapi. sebab jika tidak adanya semangat untuk bekerjasama, mungkin menimbulkan masalah, tambahnya lagi.
Datuk Abang Johari
turut mengimbas kembali semasa beliau menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan,
mengakui bahawa semangat kerjasama amat erat yang telah ditunjukkan oleh anak-anak kampung.
Beliau turut memuji anak-anak kampung yang sanggup berkorban untuk menjayakan majlis hari ini dan berharap kepimpinan yang sedia ada di kampung akan terus mengekalkan semangat ini agar menjadi tauladan yang baik bagi generasi yang akan datang.
Sebanyak lima ekor lembu dikorban di majlis berkenaan yang merupakan sumbangan warga kampung melalui program kutipan bulanan Ibadah Korban yang diusahakan oleh Surau, membabitkan penyertaan seramai 35 orang.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah YB Puan Sharifah Hasidah, ADUN N.7 Semariang.
Terdahulu, Penghulu Haji Morni turut berucap mengalu-alukan kehadiran Datuk Amar Zohari.
Di majlis berkenaan, Datuk Amar Abang Zohari turut menyaksikan majlis penyembelihan lembu dan mengagihkan daging korban kepada penerima.
Maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kampung dan warganya

DATUK AMAR ZOHARI : BERKORBAN UNTUK KEBAIKAN MASYARAKAT
Kuching, 8 Disember - Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari menekankan peri pentingnya semangat sikap suka berkorban untuk kebaikan masyarakat di negeri ini dan negara.


Datuk Amar Abang Zohari sedang menyampaikan daging korban kepada warga kampung
Datuk Amar Abang Zohari turut mengambil peluang memotong daging korban disaksikan bersama oleh YB Hasidah

