Sumber :
RAKAN SARAWAK BULLETIN, MAC 2006
ANUGERAH KEJIRANAN MESRA IKTIRAF SUMBANGAN KAMPUNG 

30 Disember 2005 - Anugerah Kejiranan Mesra dirangka bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan cemerlang yang ditunjukkan oleh kampung-kampung serta taman-taman perumahan yang mempunyai Program Kejiranan Mesra di dalam kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Program Kejiranan Mesra bertujuan memupuk hubungan kekeluargaan berjiran melalui amalan nilai-nilai murni dalam konteks masyarakat majmuk yang berteraskan penggemblengan tenaga, fikiran dan tindakan secara sukarela dan kolektif.

Pada Majlis Penganugerahan Anugerah Kejiranan Mesra 2001-2005 yang diadakan Disember lepas, DBKU memperkenalkan tiga anugerah baru iaitu Anugerah Belia Contoh, Anugerah Pemimpin Contoh dan Anugerah Kampung Terbaik.

Kesemua 17 kampung yang telah dilancarkan Kejiranan Mesra sejak tahun 2001 hingga 2005 telah dinilai untuk ketiga-tiga anugerah itu.

Anugerah Kejiranan Mesra diperkenal pada tahun 2002 dengan pengenalan lapan anugerah yang membabitkan lapan buah kampung ketika itu. Pada tahun 2003-2004, DBKU mengekalkan empat anugerah iaitu Anugerah Kawal Selia Terbaik, Kampung Harapan, Teamwork Terbaik danm Kampung Aktif. Sebanyak sembilan buah kampung dinilai untuk anugerah itu iaitu yang ditubuhkan sekitar tahun 2003-2004.
Anugerah Kawal Selia Terbaik Kampung Sungai Bedil Besar
Anugerah Kampung Harapan Kampung Muara Tebas
Anugerah Kampung Teamwork
Terbaik
Kampung Kudei Baru
Anugerah Kampung Aktif Bandar Baru Samariang
Anugerah Belia Contoh Saudara Aduka bin Ramli dari Kampung Muara Tebas
Anugerah Pemimpin Contoh Penghulu Hj Mornie Abon dari
Kampung Sungai Bedil Besar
Anugerah Kg Terbaik Kampung Sungai Bedil Besar
Pemenang Anugerah Kejiranan Mesra
Anugerah Kejiranan Mesra Iktiraf Sumbangan Kampung

Bangga dengan kejayaan yang diterima

TAJUK BERITA