




MAKSUD LOGO
Logo Surau memberikan gambaran yang luas mengenai peranan dan fungsi Surau dalam melahirkan insan yang beriman dan bertakwa.
Berpaksi kepada dua menara utamanya, yang saling terikat antara satu sama lain, memberi makna dua elemen penting iaitu akhirat dan duniawi sebab Islam merupakan agama yang menuntut keseimbangan antara kehidupan di dunia dan di akhirat. Segala kehidupan di dunia hendaklah diguna dan diuruskan untuk tujuan kebaikan agar memperoleh ganjaran di akhirat dimana kehidupannya adalah kekal abadi. Keseimbangan dunia dan akhirat akan mewujudkan umat Islam yang sentiasa memberi manfaat kepada sekalian manusia.
















Simbol bulan di atas kubah menggambarkan agama Islam yang melambangkan tauhid umat Islam kepada tuntutan dua kalimah syahadah.
Warna putih dan hijau menjadi pilihan sebab ianya memberi makna yang mendalam. Hijau membawa mesej kedamaian dan ketenangan dalam kehidupan manakala putih pula melambangkan kesucian sekiranya betul-betul beriman kepada Allah SWT.
Individu yang pernah menjadi imam Surau Nurul Muslimin

Berpayung kepada kubah besar yang berdiri megah ditengahnya adalah mengenai roh (jiwa), dimana ianya boleh berada dimana sahaja secara bebas tetapi didalam lingkungan yang dikawal, seakan-akan kubah yang melingkari suatu ruangan yang tertutup dan bumbungnya yang melengkung awan membentuk ruangan yang didiami oleh pelbagai ciptaanNya.
Setiap kubah pula digariskan dengan enam garis yang berpaksi kepada enam perkara dalam Rukun Iman, yang seharusnya menjadi amalan umat Islam.
LATARBELAKANG
Rentetan sejarah untuk menentukan tarikh sebenar penubuhan surau kampung ini amatlah sukar. Namun berdasarkan kepada maklumat yang sedia ada, penubuhan awal surau di kampung ini bermula dengan pembinaan sebuah pondok kecil beratap daun nipah pada awal tahun 1950an. Kapasitinya juga amatlah sedikit memandangkan jumlah penduduknya yang juga sedikit pada masa itu.
Namun timbul usaha untuk membina sebuah surau di lokasi yang tetap yang terletak pada lokasi masa kini. Pelopor utama untuk membina surau ini terdiri daripada Haji Piee Bohari, Haji Jamaludin Sulong, Haji Saidi Ayup, Haji Let dan beberapa tokoh lain. Pembinaannya berlandasakan kepada sumbangan dan derma daripada orang ramai yang dibina secara gotong royong oleh warga kampung.
Sejak itu, surau ini terus berkembang pesat, berdiri megah dan menjadi pusat kegiatan utama oleh warga kampung bukan hanya terhad kepada ibadat semata-mata sebaliknya pelbagai aktiviti diadakan.




1. Haji Abot 2. Haji Piee Bohari 3. Haji Jamaludin Sulong 4. Haji Saidi Ayup 5. Haji Sahari 6. Haji Arshad Abdul Rahman 7. Haji Jobli Otot 8. Haji Bujang Bohari